Flickr

Pantai Remis, Selangor

|

Tentunya ramai yang menyangka Pantai ini terletak di Perak. Tidak... ini Pantai Remis Selangor, terletak di Jeram, Selangor dan boleh dikunjungi dengan memandu samada dari arah Kuala Selangor atau Klang. Atau jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh melalui Sungai Buloh menghala ke Kuala Selangor.

Bezanya di sini pantai ini tidak sesuai untuk mandi manda kerana keadaan airnya yang keruh dan pantainya walau pun berpasir tapi berselut di tengah. Pantai ini menjadi tempat tumpuan pemancing di hujung minggu juga salah satu tempat penternakan kerang di Selangor.

0 comments: