Flickr
|

Mercu Beach Resort

Oktober 2008 yang lalu sekali kami sekeluarga ke Cherating, Pahang. Seperti biasa sebelum pergi ke sana, isteri sempat surfing internet untuk mencari lokasi sesuai untuk kami menginap. kali ini kami sepakat untuk cuba merasai Mercu Beach Resort yang terletak di Jalan Kuantan-Kemaman. Lokasi nya memang cukup mudah sebab terletak tidak jauh dari susur keluar LPT melalui Jabor. Yang pastinya kami tidak menyesal kerana memilih tempat ini. Selain lokasi, harga setiap bilik juga memang berpatutan apatah lagi harga termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Cuma yang kurang menarik kolam renang yang disediakan. Rasanya kolam tersebut tidak dilengkapi dengan mesin memproses air. Sekiranya agak ramai orang berendam sudah pasti air agak kotor.

Bagaimana pun ianya adalah salah satu pilihan sekiranya kita tidak gemar untuk mandi di laut yang terletak tidak sampai 200 meter dari bilik menginap. Lautnya landai dan sesuai bagi pengunjung yang membawa anak kecil. Sambil bermain air di gigi air sekiranya kita bangun awal pagi dapat lah melihat mentari terbit. Sesuatu yang pastinya kita tidak dapat lihat sekiranya berada di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

0 comments: