Flickr

Di puncak Gunung Brinchang

|

Catatan perjalananan pada 2 Mei 2009

Seperti kebiasaannya sekiranya hendak pergi melancung kami akan keluar jam 5 pagi dan berhenti untuk melaksanakan waktu subuh di mana-mana hentian yang terhampir. Kali ini berhenti di R&R Rawang dan meneruskan perjalanan hingga ke Cameron Highlands. Dan Hazim sudah tentu akan mabuk dengan keadaan jalan yang berliku. Aku memang tidak mahu mengikut persimpangan Simpang Pulai kerana jaraknya yang semakin jauh. Walau pun jalannya agak lebar dan kurang berliku tapi untuk sampai ke destinasi masa yang diambil tentunya semakin lama.

Sampai di Cameron Highlands lebih kurang jam 8.30 pagi.. seterusnya berhenti di Cameron Valley untuk berehat seketika. Kerana sudah kerap ke sana, kami mengambil keputusan untuk mengubah konsep percutian kali ini. Jika kebiasaannya kami akan terus ke pasar di Kea Farm, kali ini aku mengajak mereka terus ke puncak Gunung Berinchang... anak-anak teruja...

Perjalanan diteruskan melalui Ladang Boh Tea Sg Palas. Keadaan jalan yang agak menegak tidak mengizinkan kereta menggunakan gear tinggi... di sesetengah tempat aku terpaksa gunakan gear satu.. fuhhhhh.. risau juga.. takut kotak gear rosak... Sampai ke puncak Gunung Berinchang, telah ramai pendaki berada di sana. Samada baru hendak melakukan treking ke Gunung Irau atau yg baru sampai dari sana. Malahan telah ada satu keluarga yang bermalam di puncak Berinchang. Jam sekitar 10.15 pagi, keadaan pada masa itu berangin disulami dengan awan dan suhunya memang sejuk. Aku rasakan sekitar 17 degree celcius... jari-jari tangan terasa kebas. Berbekalkan nasi goreng dan beberapa lauk ringkas yang disediakan isteri, kami bersarapan di puncak Berinchang. Sesuatu yang menyeronokkan... Jelas dilihat kegembiraan yang terpancar di wajah isteri dan anak-anak ku.

Selesai bersarapan, kami mula menjelajah sekitar puncak Berinchang. Dengan melalui trek berupa jambatan yang disediakan Jabatan Hutan, kami menyelusuri sambil melihat pokok-pokok yang diselaputi lumut. Seperti berada di bumi asing waktu itu....hilang semua masalah yang bersarang di dalam kepala. Agak lama juga kami di situ. Trek laluan yang aku anggarkan sekitar 200 meter sampai ke penghujungnya. Ramai pelancung dari luar yang kami temui mahu ke Gunung Irau. Aku teringin untuk ke sana juga satu hari nanti. Persiapan perlu dilakukan. Bukan sahaja mental tetapi yang penting ketahanan untuk mengharungi trek licin dan becak sepanjang ke sana. Gunung Irau!!! nantikan kunjungan ku...











Gambar-gambar di SINI

1 comments:

puja said...

hehe bestnyerrrr....aku dah lama x berjalan2 nihhhh