Flickr

Syukur....

|

Semalam 13 Oktober 2007, aku dan isteri menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan sekolah tempat anak kami menimba ilmu. Pada mulanya agak terkejut kerana mendapati nama anak kami tertera di dalam buku cenderamata sebagai salah seorang penerima hadiah.

Sebelum ini aku pernah ceritakan di sini tentang kerisauan yang kami hadapi kerana kelemahannya membaca... syukur kerana buku yang kami belikan untuk mengajarnya telah menampakkan hasil.

Merasa sangat teruja dan lega kerana usaha selama beberapa bulan lepas mula membuahkan hasil. Walau pun hadiah yang diterima bukannya berdasarkan kecemerlngan yang ditunjuk dalam pelajaran sekurang-kurangnya diharap sebagai batu loncatan untuk merangsang dirinya agar berusaha lebih gigih. Bukan sahaja kepada dirinya seorang mungkin ianya juga sebagai pemangkin untuk kami sebagai bapa dan ibunya berusaha memperuntukkan sedikit masa untuk membantu dalam pelajarannya.

Diharap juga semoga ini bukan yang pertama dan pengakhiran pengiktirafan yang dimilikinya.

Meminjam kata-kata Dato A Samad Said "Ya Allah, terlalu banyak rahmat dan rezeki yang Engkau berikan, tetapi terlalu sedikit aku berterimakasih pada Mu"

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comments: