Flickr

Mari Baca

|

Anak aku bersekolah Tahun 1. Sebelum ini 2 tahun belajar di Tadika. Cuma yang merisaukan adalah keupayaannya untuk membaca terlalu lambat/perlahan. Hinggakan dia dimasukkan ke kelas pemulihan kerana kelemahannya itu. Sejak di tadika kami suami/isteri telah berusaha untuk mengatasi kelemahannya. Malangnya masih tidak berhasil. Apa yang di pelajarinya waktu itu akan terlupa keesokan harinya. Kami bimbang sekiranya dia menghidapi sebarang penyakit.

1 1/2 bulan lepas kami ke jualan di Stadium Shah Alam. Sememangnya setiap hari Ahad "car Boot Sale" akan berlangsung di sana. Semasa berpusing-pusing meninjau sekitaran ternampak seorang lelaki India menjual buku. Kami menghampirinya dan dia menerangkan keistimewaan buku tersebut. Aku terkejut kerana konsep buku itulah yang aku cari sekian lama. Sebelum ini anak ku yang sulung memamng menggunakan kaedah membaca seperti yang ada di dalam buku tersebut. Hasilnya dalam masa 3 bulan anak sulung ku telah boleh membaca.

Segera aku keluarkan wang dari saku, seingatku harganya tidak sampai RM30.00 dan terus membayarnya tanpa ragu dan dengan harapan semoga ia berhasil kali ini. Kini anak aku yang di tahun 1 tersebut sudah agak lancar membaca. terlalu banyak perubahan yang ditunjukkannya setelah menggunakan buku tersebut. Syukur.... memang aku cukup lega dengan perubahan yang ditunjukkannya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

1 comments:

dbins a.k.a guard_x said...

bang kasi bungkus satu set... kurang gula ye... kuah kasi banjir... :P