Flickr

Bercuti ke Langkawi

|



Aku baru balik dari bercuti ke Pulau Lagenda Langkawi bersama keluarga entah kali yang ke berapa...heheheh.. Langkawi masih seperti dahulu....tidak banyak perubahan yang disaksikan, maksudnya dari segi tarikan pelancungan terbaru... Apa yang jelas adalah jambatan gantung yang tertinggi di puncak Gunung Mat Cincang. Cukup mendebarkan berjalan di atasnya... lebih lagi apabila semakin ramai pengunjung yang melintasinya, terasa bergoyang.... melihat ke bawah dan menyaksikan jurang yang dalam terfikir juga di benak fikiran apakah yang akan terjadi sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.....tapi semua perkara tersebut hilang melihat struktur binaannya yang kukuh.

Selain dari itu pelebaran jalan raya menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat dan Kuah sedang giat dilaksanakan. Jika sebelum ini perjalanan antara dua tempat tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit skg ini bertambah cepat. Bila siap nanti jalan tersebut akan mengandungi dua lorong bagi setiap laluan. Langkawi sedang bersiap untuk menyambut Pelacaran bulan Pesta Air peringkat Kebangsaan yang akan di rasmikan oleh Duli Yang Di Pertuan Agong pada 6 April ini. Persiapan sedang di lakukan dan terasa kemeriahnya di Pantai Chenang temapt berlangsungnya upacara tersebut.

Ketika percutian kami, Langkawi sedang menerima kunjungan dari delegasi Unesco yang akan melawat sekitar Pulau Lagenda tersebut. Selepas ini Langkawi akan dikenali sebagai Langkawi Geo Park. Mungkin ini adalah "rebranding" pulau bebas cukai tersebut untuk menarik pelancung eropah. Mungkin juga Langkawi akan dimasukkan dalam peta dunia sebagai Taman Warisan Dunia.



Tekan SINI untuk melihat gambar

0 comments: